Football

Pemain bola sepak Sweden dibuang padang kerana kentut

Seorang pemain bola sepak Sweden berang selepas dibuang padang oleh pengadil kerana kentut ketika perlawanan berlangsung. Pengadil mengatakan pemain berkenaan dibuang padang kerana melakukan ‘provokasi dengan sengaja’ dan ‘tiada semangat kesukanan’.

Adam Lindin Ljungkvist yang bermain dalam perlawanan di antara pasukan simpanan Järna SK dan Pershagen SK, ditunjukkan kad kuning kedua yang disebut media sebagai “perkara menakjubkan”.

“Saya sakit perut ketika itu, oleh itu saya lepaskannya,” jelas pemain berusia 25 tahun itu. “Kemudian saya menerima kad kuning kedua dan kad merah. Ya, saya sangat terkejut. Ia perkara paling pelik pernah saya alami dalam bola sepak.

“Saya bertanya kepada pengadil, ‘adakah saya tidak dibenarkan kentut?’

‘Tidak,’ jawabnya…. Saya tidak faham tapi mungkin dia sangka saya kentut di tangan dan membuang angin ke arahnya. Tetapi saya tidak lakukannya.”

Penyerang pasukan lawan Kristoffer Linde memberitahu akhbar tempatan: “ Saya berdiri jauh dari beliau tapi saya boleh dengar bunyi kentutnya. Ianya perkara paling pelik berlaku di atas padang, dan saya telah bermain bola sepak sejak berumur lapan tahun.”

Pengadil perlawanan, Danny Kako, mengesahkan Ljungkvist telah menerima kad kuning kedua kerana membuang angin, tetapi menjelaskan: “ Saya melihat ia sebagai tindakan provokasi sengaja. Dia sengaja melakukannya dan tidak sesuai. Oleh sebab itu, dia menerima kad kuning.

Ljungkvist memberitahu media; “ Untuk membuat provokasi kepada sesiapa dengan kentut bukan perkara bijak atau normal. Ianya merepek – Saya hanya kentut dan mendapat kad merah. Saya bercakap dengan pengadil selepas itu, saya rasa marah, tetapi tiada kata-kata kasar. Dia hanya seorang yang tidak bijak.”

Kako berkata beliau pernah mengalami situasi yang sama. “ Suatu ketika dahulu, seorang pemain berdiri dan membuang air kecil di tepi padang. Saya memberikannya kad kuning.

Other posts by