Football

Eksklusif: “Perpindahan ke Johor bagaikan mimpi jadi kenyataan” – Hadin Azman

Pemain Felda United Hadin Azman telah mengumumkqn bahawa belia berminat untuk menyertai Johor Darul Ta’azim (JDT) kerana ia akan membantu beliau beraksi untuk pasukan kebangsaan.

Pemain sayap itu merupakan sebahagian daripada skuad Harimau Selatan itu tetapi gagal memberikan impak dan menyebabkan kontrak beliau ditamatkan selepas dituduh mencuri wang dari rakan sepasukannya.

Namun, pemenang Liga Super Malaysia dua kali itu telah kembali menunjukkan minat terhadap bekas pemain mereka itu dan mahu mendapatkanya sebelum jendela perpindahan ditutup bulan depan.

Photo Credit: Lekshman Subramaniam / FourthOfficial.com
Photo Credit: Lekshman Subramaniam / FourthOfficial.com

Hadin Azman mengesahkan bahawa beliau dihubungi oleh Johor Darul Ta’azim beberapa minggu lalu.

“Mereka menghubungi Felda United baru baru ini dan membuat tawaran untuk membawa saya pulang ke Johor. Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk bermain dengan mereka lagi,’’ beritahu Hadin Azman kepada FourthOfficial.com

“Saya berbangga dengan tawaran mereka tetapi kita perlu tunggu dan lihat dalam beberapa minggu lagi.

 

Photo Credit: FELDA United
Photo Credit: FELDA United

Pemain berusia 22 tahun itu berkata ia bagaikan mimpi menjadi kenyataan untuk menyarung jersi biru itu dan akan meningkatkan peluangnya untuk dipanggil oleh jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee.

“Saya akan bermain di samping pemain terbaik dalam negara dan dapat belajar dari pasukan dan ketua jurulatih (Mario Gomez), yang akan membuatkan saya lebih bagus.

“Saya selalu bercita-cita untuk beraksi dengan pasukan kebangsaan dan Johor mampu membantu.

Photo Credit: http://9w2hfi.weebly.com
Photo Credit: http://9w2hfi.weebly.com

Hadin Azman telah menjaringkan empat gol musim ini dan The Fighters dan akan bersaing dengan Azamuddin Akil, Azinee Taib dan pemain legenda Amri Yahyah untuk posisi sayap kiri. Namun, beliau percaya beliau boleh menjadi pemain utama pasukan Mario Gomez jika berkerja keras.

“Saya pasti akan berikan segalanya untuk pasukan dan tempat dalam kesebelasan utama. Mereka (Azamuddin, Azinee, Amri) merupakan pemain hebat tetapi saya tahu saya boleh jadi lebih hebat dari mereka,” kata Hadin.

Jendela perpindahan dibuka beberapa hari lalu dan akan ditutup pada 15 Julai.

Other posts by