Badminton

Tiada kelibat Chong Wei di Terbuka Taiwan

Seperti dijangka, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menarik balik penyertaan pemain No.1 dunia Lee Chong Wei dari Kejohanan Terbuka Taiwan, yang akan berlangsung pada 3 Jun – 28 Julai.

Pemain berusia 33 tahun itu mengalami kecederaan di otot kirinya ketika bertanding di Terbuka Indonesia awal bulan ini. Beliau kemudian menarik diri dari menyertai Terbuka Australia dua minggu lalu.

Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost menjelaskan bahawa BAM tidak bersedia untuk mengambil sebarang risiko, terutamanya dengan Sukan Olimpik Rio yang bakal berlangsung pada bulan Ogos.

“Kami menarik penyertaan beliau kerana kami tidak pasti jika dia bersedia untuk bermain selepas kecederaan di Australia,” jelas Frost.

“Dia sedang berlating dengan program yang disediakan dan itu petanda baik untuk kami. Kami juga mengadakan satu suasana yang tenang dalam persiapan ke Olimpik. Ianya pasti membantu persiapan mental Chong Wei.”

Tanpa Chong Wei, yang diletakkan sebagai pilihan kedua di kejohanan tersebut, pemain No.2 dunia Chen Long dari China kini pilihan untuk merangkul kejuaraan tersebut.

Terdapat tujuh lagi pemain yang akan mewakili Malaysia – Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Goh Soon Huat, Chong Wei Feng, Liew Daren, Goh Giap Chin, Tan Chun Seang dan Mohd Arif Abdul Latif – berada dalam undian utama acara perseorangan lelaki.

Pemain No.32 dunia Iskandar adalah pilihan ke-13 kejohanan dan telah diundi untuk bertemu Chen Long di pusingan ketiga.

Dalam acara bergu, pasangan No.13 dunia, Goh V Shem – Tan Wee Kiong mengetuai cabaran Malaysia. Mereka akan berdepan bergu tuan rumah Lin Chia-yu – Wu Hsiao-lin dalam pusinga pertama.

Bergu lain yang turut berada dalam undian utama adalah Ong Yew Sin – Teo Ee Yi dan Hoon Thien How – Teo Kok Siang.

Pemain Malaysia lain yang akan turut serta adalah Tee Jing Yi, Ho Yen Mei (perseorangan wanita); Vivian Hoo – Woon Khe Wei, Chow Mei Kuan – Lee Meng Yean (bergu wanita); Chan Peng Soon – Goh Liu Ying dan Tan Kian Meng – Lai Pei Jing ( bergu campuran).

Other posts by