Sepak Takraw

Format baru akan diperkenal dalam Liga Sepak Takraw 2016

Format baru akan diperkenal dalam Liga Sepak Takraw 2016 di mana setiap pasukan akan berdepan dengan lawan sebanyak dua kali.

Menurut Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail, hanya 14 perlawanan akan berlangsung pada musim ini bagi memastikan saingan lebih kompetetif.

Selain itu, beliau turut berkata, STL 2016 yang akan bermula pada 23 September hingga 11 Disember, akan disertai lapan pasukan bagi Divisyen Perdana dan 12 pasukan dalam Divisyen Satu.

“PSM sebagai sebuah badan induk, kami rasa tidak adil hanya lapan negeri ambil bahagian dalam STL. Kita buat konsep regu supaya dapat 20 regu menyertainya.

“Lapan pasukan dalam Divisyen Perdana dan 12 pasukan lagi dalam Divisyen Satu. Ini boleh membawa sukan sepak takraw ke tahap yang lebih profesional,” ujar beliau.

Beliau turut menambah bahawa pemain kebangsaan yang kini berada dalam Program Podium juga dibenarkan untuk memilih sama ada mahu bermain untuk negeri ataupun kelab.

“STL juga adalah kejohana persediaan untuk skuad kita ke Sukan SEA. Kita pastinya harapkan bakat-bakat baru dapat dicungkil menjelang Sukan SEA 2017,” ujar beliau.

Ahmad turut berkata PSM belum bersedia untuk menggunakan khidmat pemain asing dalam saingan STL dan menafikan dakwaan skuad kebangsaan kurang menyertai kejohanan.

Other posts by