Football

Russia dan England bakal disingkirkan dari Euro 2016?

Badan pentadbir bola sepak Eropah telah memberi amaran kepada persatuan bola sepak England dan Russia bahawa pasukan mereka boleh disingkirkan dari Euro 2016 jika keganasan penyokong mereka berterusan yang mengakibatkan ramai peminat tercedera.

Amaran UEFA itu hadir selepas prosiding tatatertib ke atas Persatuan Bola Sepak Russia pada hari Ahad ekoran insiden buruk yang berlaku di Stade Velodrome selepas perlawnanan di antara England dan Russia.

Seorang penyokong Russia yang memakai topeng menyerang penyokong England serta menumbuj dan menendang mereka. Beberapa orang penyokong England terpaksa memanjat tembok untuk melarikan diri dari serangan itu.

UEFA berkata mereka juga akan menyiasat tuduhan kelakuan perkauman dan insiden melibatkan bunga api.

Keganasan di stadium terjadi selepas tiga hari pertembungan ganas di antara penyokong England, Russia dan Perancis di Marseille yang menyebabkan campur tangan polis anti rusuhan.

UEFA berkata mereka ‘kecewa’ dan tidak akan teragak agak untuk mengenakan hukuman, termasuk kemungkinan penyingkiran kepada pasukan daripada kejohanan jika keganasan sebegitu berulang lagi. UEFA juga berkata, sebarang tindakan ke atas Russia akan dibuat pada hari Selasa.

Seramai tiga puluh lima orang penyokong tercedera dalam pergaduhan di Marseiile itu, termasuk seorang penyokong England yang diserang sakit jantung.

Ketua polis Marseille, Laurent Nunez memberitahu bahawa pasukannya telah menghalang ‘ kejadian yang lebih teruk’. Seramain lima belas orang, kebanyakannya penyokong England, ditahan di bandar berkenaan dalam tempoh tiga hari.

Pada tahun 2000, UEFA mengancam untuk menyingkir England dari kejohanan selepas berlaku pergaduhan di antara penyokong England dan Jerman di bandar-bandar Belgium seperti Brussels dan Charleroi.

Kerajaan Perancis telah meletakkan seramain 90,000 pegawai polis, tentera dan ejen keselamatan swasta di seluruh negara untuk memastikan keselamatan selepas mendapat amaran potensi serangan militan dan ancaman hooligan.

Other posts by