Football

Jelajah Oceania bukan tugas mudah – Aidil

Ketua pasukan negara, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak percaya Malaysia mampu memperbaiki ranking FIFA yang kini berada di tangga ke 173 dengan bermain di siri jelajah Oceania.

Aidil berjaya mengetuai pasukan menewaskan Timor Leste 6-0 secara agregat minggu lalu untuk melayakkan Malaysia ke peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia 2019.

Tugas Malaysia seterusnya adalah untuk memenangi semua tiga perlawanan persahabatan menentang Papua New Guinea (17 Jun), New Caledonia (22 Jun) dan Fiji (26 Jun).

“Perlawanan Ocenia ini bagus untuk kami. Ia akan memberikan kamu peluang untuk perbaiki ranking dunia,” jelas pemain pertahanan Johor Darul Takzim (JDT) itu.

Ketiga tiga pasukan – New Caledonia (183), Fiji (186) dan Papua New Guinea (193) – berada di kedudukan lebih rendah dari Malaysia, tetapi Aidil memberi amaran kepada rakan sepasukan untuk tidak memandang rendah ketiga-tiga pasukan.

“Ketiga-tiga pasukan baru-baru ini bertanding dalam Piala Negara Oceania. New Caledonia tewas 1-0 kepada New Zealand di separuh akhir dan Fiji tewas 4-2 menerusi sepakan penalti kepada New Zealand di perlawanan akhir (kedua-dua pasukan seri 0-0 selepas masa tambahan). Saya percaya mereka akan memberikan tentangan hebat kerana mereka semua bermain di tempat sendiri,” jelas Aidil.

Jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee akan menggunakan ketiga-tiga perlawanan persahabatan ini sebagai persediaan menjelang Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung pada 19 November hingga 17 Disember.

Selepas siri jelajah Oceania ini, Malaysia dijangka akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Singapura, Thailand, Indonesia dan Afghanistan dari September hingga Oktober.

Other posts by