Football

Harimau Malaysia hadapi siri Jelajah Oceania

Segar dari menewaskan Timor Leste dalam perlawanan timbal balik kelayakan Piala Asia 2019, anak buah Datuk Ong Kim Swee akan menyambung persiapan sempena Piala AFF tahun ini dengan beberapa siri perlawanan menentang pasukan dari rantau Oceania.

Dua pemain yang pasti tidak akan menyertai skuad Harimau Malaysia dalam siri jelajah Oceania ini adalah ketua pasukan Safiq Rahim dan pemain saya R.Gopinathan akibat kecederaan.

Siri jelajah Oceania ini akan membantu persiapan skuad kebangsaan bagi menghadapi Piala AFF tahun ini dan saingan Kelayakan Piala Asia 2019.

Pemain baru dalam skuad seperti Khair Jones dari Melaka United pastinya mahu menarik perhatian Datuk Ong Kim Swee selepas menjaringkan satu gol dalam perlawanan menentang Timor Leste tempoh hari.

“Khair dan beberapa pemain seperti Azrif (Nasrulhaq), Chanturu dan Kunanlan akan membentuk tunjang pasukan. Semuanya tersusun dengan rapi,” jelas Kim Swee, menambah kemenangan ke atas Timor Leste memberikan pasukan keyakinan baru.

Berikut adalah jadual perlawanan jelajah Oceania melibatkan pasukan kebangsaan.

 

Photo Credit: Twitter @FAM_Malaysia
Photo Credit: Twitter @FAM_Malaysia

Other posts by