Hockey

Skuad hoki negara tumbang 1-5 di Jepun

Skuad hoki kebangsaan memulakan lawatan ke Jepun dengan kekalahan memalukan 1-5 kepada pasukan kebangsaan Jepun, selepas kehilangan beberapa pemain.

Dalam perlawanan latihan yang dimainkan di Stadium Green Gifu, Malaysia ketinggalan 0-5 apabila pasukan tuan rumah menjaringkan gol pada minit kelima, 15, 22, 37 dan 43.

Malaysia menjaringkan gol menerusi pemain tengah Norhizzat Sumantri pda minit ke-55 menerusi field goal.

Ketua Jurulatih Van Huizen mengakui bahawa anak buanhnya bermain di bawah prestasi sebenar tetapi memberi peluang kepada pemain baru selepas kehilangan beberapa tonggak utama.

“Kami kekurangan beberapa pemain, ramai yang memainkan peranan penting dalam pasukan kami. Kerana itu, pasukan tidak berapa stabil secara keseluruhan.

“Kami mencuba beberapa pemain di luar posisi mereka untuk melihat pilihan yang ada. Kami beraksi lebih baik di separuh masa kedua, tetapi kami masih bermain di bawah keupayaan sebenar.

“Kami akan menjalani sesi penilaian malam ini untuk mengesan kesilapan dan beraksi lebih baik dalam perlawanan selepas ini,” jelas Stephen dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Konfederasi Hoki Malaysia.

Malaysia, yang berada di ranking nombor 13 dunia, tidak dapat membawa ketua pasukan Razie Rahim, naib ketua pasukan Nabil Fiqri (kedua-duanya terlibat dengan latihan polis_, pemain tengah Fitri Saari dan pertahanan Faiz Helmi Jali (Peperiksaan), penyerang Shahril Saabah (komitmen keluarga) dan penjaga gol S.Kumar (cedera).

Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam perlawanan kedua hari ini, di mana empat perlawanan dan dua perlawanan ujian akan dimainkan dalam rangka lawatan 10 hari itu.

Other posts by