Cycling

Pocket Rocket Man sedia gapai emas

Mohd Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai ‘The Pocket Rocket Man’ kini lebih matang dan bersedia untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.

Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad yakin Azizul akan mencapai kemuncak prestasi pada temasya itu di Brazil.

“Azizul lebih bersedia kali ini. Dia sepatutnya mendapat pingat pada Sukan Olimpik 2012 di London tetapi dikecewakan oleh penyudahnya.

Namun, kali ini ia berbeza kerana dia boleh membuat pecutan terakhir seperti ditunjukkan di Kejohanan Dunia baru baru ini,” jelas beliau kepada wartawan ketika ditemui di Kementerian Belia dan Sukan, hari ini.

Naim turut memberitahu bahawa Azizul dan seorang lagi pelumba negara Fatehah Mustapa tidak akan menyertai kontinjen Malaysia ketika acara pembukaan Sukan Olimpik Rio.

“Mereka akan tiba sehari selepas acara pembukaan. Ini bagi membolehkan mereka kekal fokus untuk acara masing masing,” tambah beliau.

Azizul menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh dan keenam dalam acara keirin pada tahun 2008 di Beijing dan Sukan Olimpik London pada tahun 2012. Bagi acara pecut, beliau menamatkan perlumbaan di tempat kelapan di kedua-dua temasya itu.

Other posts by