Football

Tiada perancangan rombak pasukan – Bojan Hodak

Pengurusan baru Pulau Pinang tidak akan merombak pasukan walaupun pasukan itu kini berada di tangga tercorot Liga Super.

Ketua pegawai eksekutif pasukan Liga Super Pulau Pinang yang baru dilantik, Bojan Hodak ketika ditemui selepas sesi latihan, berkata pemain akan dikekalkan.

“Kami tiada perancangan untuk merombak pasukan atau menukar pemain buat masa ini,” jelas beliau yang turut menambah bahawa beliau akan memantau pemain dengan dekat apabila mereka berlatih di bawah ketua jurulatih Nenad Bacina.

“Ini sesi latihan pertama di bawah jurulatih baru dan ia dijalankan mengikut pengurusan baru,” kata beliau.

Menjawab mengenai nasib ketua jurulatih Jacksen Tiago yang digantung, Bojan berkata Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang dan Tiago sudah bertemu minggu lepas tetapi sebarang keputusan masih belum dibuat.

Dengan baki 10 perlawanan dalam Liga Super, Pulau Pinang sedang bergelut untuk mengelakkan penyingkiran ke Liga Premier musim hadapan.

Pulau Pinang akan bertemu T-Team pada 16 July di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu.

Other posts by