Rancangan untuk melakukan serangan terhadap penyokong England di Euro 2016 musim panas ini ditemui oleh pihak keselamatan Perancis di dalam komputer riba salah seorang suspek pengeboman di Paris, Salah Abdeslam.
Kumpulan pengganas itu bercadang untuk menggunakan bom berani mati, pistol dan senjata kimia untuk menyerang penyokong England sebelum perlawanan Three Lions menentang Russia pada 11 Jun di Marseille.
Pihak polis Paris telah mendedahkan maklumat rancangan serangan ganas itu selepas mendapatkan data dari komputer riba Salah Abdeslam. Abdeslam, 26, sedang ditahan di penjara terbesar Eropah – penjara Fleury-Merogis di pinggir bandar Paris.
Namun begitu, walaupun dengan penahanan beliau, dikhuatiri ramai penyokongnya akan mencari peluang untuk membalas dendam di atas penahanan tersebut dengan melancarkan serangan sendiri.
Pihak keselamatan UK turut bimbang penyokong England akan menjadi sasaran serangan tembakan ISIS ketika minum di bar yang berada luar dari kawasan rasmi penyokong.
Menurut laporan Daily Mirror, seorang sumber dari Whitehall dipetik berkata:
“Apa yang membimbangkan kami adalah cubaan mereka di luar kawasan kawasalan.
“Bar yang dipenuhi penyokong yang gembira dan mabuk adalah sasaran mudah. Kami sedang berkerjasama dengan rapat bersama pihak Peranciss
Imej dan rujukan berkenaan pelabuhan lama Marseille ditemui di dalam komputer riba Abdeslam. Ini telah meningkatkan kerisauan kerana ia merupakan bandar yang akan dipenuhi penyokong England sebelum perlawanan pembukaan England dua minggu lagi.
Berita ini timbul beberapa minggu selepas ahli ISIS membunuh 14 orang dan mencederakan 28 orang lagi di sebuah kelab penyokong Real Madrid di Iraq.
Ini adalah salah satu dari dua siri serangan, dengan penyokong Real Madrid turut menjadi sasaran semasa menonton final Liga Juara-Juara di Iraq pada hari Sabtu, dengan 12 orang terkorban dan lapan orang tercedera.
Other posts by Khairul Nizam