Pemain bawah 14 tahun Malaysia Mohamad Khussani Adli telah dipilih untuk berlatih bersama akademi Yokohama F. Marinos selepas menunjukkan aksi cemerlang dalam Kejohanan ASEAN Dream Team Football pada Disember tahun lalu.
Khussani yang muncul penjaring terbanyak kejohanan tersebut terpilih untuk berlatih bersama pemain terbaik kejohanan dari Thailand Guntapon Keereeleang.
Menurut pengerus J League, Mitsuru Murai mengenai pemilihan dua pemain ini untuk berlatih bersama akademi Yokohama F. Marinos: “ Dunia bola sepak tertumpu di Eropah, tetapi bola sepak Eropah kini sudah mula fokus ke Asia.
“Jika pemain muda Asia boleh berjaya di peringkat antarabangsa, tumpuan dunia akan beralih ke arah kita.”
Selain daripada mengikuti sesi latihan, kedua-dua pemain juga akan dapat menyaksikan latihan skuad utama, beramah mesra bersama pemain dan bertukar budaya yang ditaja oleh Yokohama YMCA.
Other posts by Khairul Nizam