Squash

Nicol David mara ke separuh akhir Siri Dunia PSA

DUBAI – Pemain skuasy wanita paling berjaya dalam era professional, Nicol David mencerahkan harapan beliau untuk memenangi satu lagi kejuaraan utama selepas menewaskan juara remaja dunia, Nouran Gohar 11-7,11-9 untuk layak ke separuh akhir final PSA Siri Dunia

Juara dunia lapan kali dari Malaysia itu tidak mengalami sebarang masalah untuk menewaskan Gohar walaupun pemain Mesir itu mendahului 9-8 dalam perlawanan kedua, tetapi menang menerusi mata penalti selepas Gohar melakukan kesilapan.

“Format ini membuatkan anda sentiasa bersedia,” jelas Nicol mengenai format perlawanan peringkat kumpulan yang menyaksikan pemain perlu menang dua dari tiga perlawanan di mana beliau menang dua perlawanan dan tewas sekali meletakkanya di tangga kedua Kumpulan A.

“Ia bermaksud semua yang anda buat perlu sempurna,” ujar beliau yang kelihatan sedikit lega kerana selepas ini semua perlawanan akan kembali ke format lima pertemuan.

“Nouran seorang pemain yang hebat dan pastinya untuk masa hadapan, dan saya gembira kerana menang,”

Nicol akan menyempurnakan hatrik kejuaraan final Siri Dunia selepas acara wanita itu berehat tiga tahun jika berjaya dalam perlawanan akhir Sabtu ini, sesuatu yang akan melegakannya selepas kemarau kejuaraan dalam 17 bulan.

Namun begitu, beliau perlu melepasi bekas pemain nombor satu dunia dari Mesir Raneem El Welily di mana beliau pernah tewaskan dalam World Final di Cairo pada tahun 2014. Welily menamatkan aksi sebagai juara Kumpulan B, menang semua tiga perlawanan, selepas menewaskan rakannya Omneya Abdel Kawy 15-13, 11-9.

Satu lagi aksi separuh akhir adalah di antara pilihan utama dan bekas juara dunia dari England Laura Massaro dan juara dunia terkini dari Mesir, Nour El Sherbini.

Other posts by