Bekas ketua jurulatih Kelantan dan Johor Darul Ta’zim Bojan Hodak dijangka akan mengambil alih pengurusan pasukan bola sepak Pulau Pinang hari ini.
Menurut laporan dari sumber terdekat, satu pengumuman akan dibuat pada hari ini untuk mengumumkan ketibaan Hodak yang turut disertai bekas jurulatih JDT II Nenad Bacina.
Hodak dijangka akan diumumkan sebagai Ketua Pengarah Eksekutif dan Bacina sebagai pengurus pasukan, menggantikan Azzizudin Mohd Shariff yang meletakkan jawatan minggu lalu.
Kehadiran mereka dilihat sebagai langkah terakhir untuk menyelamatkan pasukan itu selepas gagal melayakkan diri ke Piala Malaysia dan kini berada di tangga tercorot Liga Super.
Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang dijadual mengadakan sidang akhbar semalam, tetapi menundanya ke 4 petang hari ini.
Hodak yang berasal dari Croatia tidak asing lagi dalam kancah bola sepak Malaysia selepas membantu Kelantan menjulang Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia pada 2012.
Pada tahun 2014, beliau menyertai JDT dan memenangi Liga Super bersama pasukan tersebut.
Nenad pula merupakan pembantu Bojan dan dilantik ketua jurulatih JDT II pada 2015.
Sementara itu, nasib ketua jurulatih Pulau Pinang Jacksen Tiago yang digantung, masih tidak diketahui.
Other posts by Khairul Nizam