Football

Kim Swee: Aksi menentang Myanmar penting untuk Malaysia sebelum berdepan Timor Leste

PETALING JAYA: Perlawanan persahabatan menentang Myanmar di luar Malaysia pada 27 Mei merupakan platform terbaik untuk menilai persediaan Harimau Malaysia untuk berdepan Timor Leste dalam Playoff pertama untuk Piala Asia 2019 awal bulan depan.

Malaysia akan berdepan Timor Leste di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin pada 2 dan 7 Jun.

“Perlawanan persahabatan menentang Myanmar adalh ujian untuk kita mencari strategi terbaik sebelum menentang Timor Leste” kata ketua jurulatih Harimau Malaysia Ong Kim Swee kepada wartawan selepas hari pertama latihan skuad negara di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Sementara itu, Kim Swee berkata pemain sayap R.Gopinathan dan pertahanan Pahang Matthew Davies melaporkan diri ke kem latihan dengan kecederaan belakang dan kaki, tetapi tidak serius.

“Saya akan menilai laporan doctor berkenaan kecederaan mereka sehingga esok. Jika mereka tidak pulih sepenuhnya, saya akan membuat pertukaran dan memilih pemain yang ada atau tidak berada dalam senarai menunggu untuk menggantikan mereka;” ujar beliau.

Sementara itu, pemain midfield PDRM Abdul Latiff Suhaimi yang dipanggil ke latihan pusat negara buat kali pertama, berjanji akan menempatkan diri dalam skuad utama walaupun berdepan cabaran dari pemain tengah lain.

“Bagi saya, saya masih belum menunjukkan potensi sebenar saya bersama PDRM dan saya harap Datuk Ong (Kim Swee) dapat membantu saya dan memperbaiki kelemahan saya,” kata beliau.

Sementara itu, penyerang Selangor Ahmad Hazwan Bakri mahu bangkit semula untuk menunjukkan prestasi terbaik selepas bergelut dengan kecederaan.

“Saya tidak dapat menunjukkan kebolehan saya kerana tercedera, saya harap dapat mencari semula sentuhan saya selepas dipanggil untuk latihan pusat.

“Saya tidak ada sasaran tersendiri, tetapi saya harap dapat memperbaiki imej skuad bola sepak negara dengan memenangi perlawanan yang akan datang,” kata beliau.

Other posts by