Cycling

Persiapan Rio 2016 di landasan tepat – Azizulhasni Awang

Jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang berada di landasan tepat apabila berjaya menambah satu kilogram otot di bahagian kakinya.

Pelumba olimpik negara itu menjalani latihan pusat di Melbourne, Australia berada di landasan tepat untuk bersaing merebut pingat emas Sukan Olimpik di Rio, Ogos ini.

“Hingga kini persiapan menumpukan usaha menambahkan otot bahagian bawah badan. Selepas berbincang dengan jurulatih, saya perlu menambah sekurang-kurangnya dua kilogram untuk bahagian bawah badan.

“Setakat ini saya sudah mencapai satu kilogram, masih ada baki tiga minggu. Saya yakin ia boleh dicapai. Kita cuba sebanyak yang mungikin,” jelas pelumba dari Terengganu itu.

Sukan Olimpik Rio merupakan penampilan ketiga Azizul di Sukan Olimpik dan beliau akan beraksi dalam acara Keirin di Rio, Ogos ini.

“Pada fasa persiapan seterusnya, tumpuan akan diberikan kepada kekuatan dan kepantasan.

“Ia disusuli latihan terakhir di Portugal yang lebih fokus kepada persediaan menghadapi perlumbaan, strategi dan taktik sebelum terbang ke Rio dari sana,” jelas Azizul.

Other posts by