Hockey

Trofi Juara-Juara Asia: MHC tunggu keputusan AHF

Kuala Lumpur: Konfederasi Hoki Malaysia masih menunggu pengumuman rasmi dari Persekutuan Hoki Asia (AHF) mengenai penganjuran kejohanan Trofi Juara-Juara Asia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MHC Logan Raj, ia memang perkara baru buat MHC dan gembira jika diberi peluang menganjurkan kejohanan berkenaa, tetapi mereka masih lagi menunggu pengumuman rasmi.

“Selepas mendapat keputusan rasmi, kami akan membawa perkara ini kepada lembaga eksekutif dan apabila mendapat lampu hijau baru pengumuman akan dibuat,” jelas beliau dalam sidang media sempena Piala Tun Razak kali ke-54 semalam.

Menurut beliau, gelanggang bagi kejohanan berikut masih belum diputusakan kerana perlu melalui beberapa proses termasuk melihat surat perjanjian.

“Kami akan mengadakan perbincangan mengenai perkara ini, buat masa sekarang ia masih lagi di peringkat awal. Selepas mendapat gambaran jelas mengenai kejohanan ini, kami akan beritahu media,” ujar Logan.

Kejohanan itu dijadual berlangsung pada 20 hingga 30 Oktober bakal menyaksikan penyertaan daripada juara bertahan India, Pakistan, Jepun, Korea Selatan, China, Bangladesh dan Malaysia selaku tuan rumah.

Other posts by