Football

Pengurus pasukan Pulau Pinang letak jawatan

Pasukan Pulau Pinang menerima tamparan besar apabila pengurus pasukan mereka, Azizudin Mohd Shariff mengumumkan perletakan jawatan beliau yang berkuat kuasa serta merta hari ini.

Beliau menyatakan bahawan perletakan jawatan tersebut adalah atas rasa tanggungjawab beliau terdapat kejatuhan prestasi skuad Harimau Kumbang itu.

“Saya tetap menjalankan tugas sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang seperti biasa walaupun tidak menjadi pengurus.

“Saya berjanji akan terus memberikan sokongan kepada Harimau Kumbang dan berada bersama mereka sehingga tamat Liga Super 2016.

“Saya menyeru agar semua penyokong terus menyokong pasukan sampai bila bola kerana sorakan penyokong dapat menyuntik semangat pemain,” katanya.

Pulau Pinang sebelum ini merehatkan ketua jurulatih mereka, Jacksen Tiago selepas aksi buruk pasukannya dan pembantu beliau yang juga bekas pemain Pulau Pinang, Manzoor Azwira dilantik untuk menggantikan beliau.

Skuad Harimau Kumbang kini berada di tangga tercorot selepas berakhir pusingan pertama Liga Super Malaysia

Other posts by