Football

Valencia akan bantu JDT bina akademi bola sepak

JOHOR BAHARU: Tertarik dengan pencapaian Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kemudahan latihan mereka, Valencia CF telah menyatakan keinginan untuk membantu JDT untuk merealisasikan impian mereka untuk membina akademi bola sepak di sini.

Presiden pasukan gergasi Sepanyol, Layhoon Chan berkata, kedua-dua pasukan sedang berbincang dan yakin bahawa kerjasama di masa hadapan di antara mereka akan membantu JDT mencapai matlamat mereka.

“Saya rasa kedua-dua pasukan mempunyai objektif yang sama, dan kami berharap dapat merealisasikannya (akademi tersebut) secepat mungkin, kerana pengurusan kedua pasukan sedang berbincang sekarang,” jelas beliau kepada wartawan ketika sesi latihan di antara JDT dan beberapa orang pemain Valencia FC di padang latihan JDT di Padang Sri Gelam, semalam.

Ketika ditanya mengenai kerjasama dan bantuan yang akan diberikan kepada JDT untuk membina akademi berkenaa, Chan berkata mereka akan menghantar jurulatih dari Sepanyol untuk melatih pemain tempatan dan jurulatih yang ada di sini.

Beliau merasa kagum dengan JDT dan menggambarkan kelab berkenaan sebagai ‘bertuah’ kerna memiliki pusat latihan yang moden dan berkualiti berbanding sesetengah pasukan gergasi di Eropah.

Chan memberitahu bahawa situasi di Eropah agak berbeza kerana kebanyakan pasukan hanya mempunyai kemudahan yang sudah berusia selepas digunakan terlalu lama.

“Bahkan untuk kami sendiri (Valencia), pusat latihan kami telah berada di sana lebih 20 tahun, dan kami sedang melihat untuk menaik taraf dan membesarkannya lagi,” kata beliau, juga menambah bahawa lawatan pada hari ini adalah untuk melihat peluang bagaimana kedua pasukan boleh meningkatkan persembahan mereka.

Chan tiba di sana sekitar jam 11 pagi, ditemani beberapa pegawai teknikal dan pemasaran dari Valencia CF dan La Liga, termasuk ketua jurulatih pasukan Pako Ayestara dan lima pemain, iaitu Matthew Ryan, Santiago Mina, Jaume Domenech, Javi Fuego dan Paco Alcacer.

Other posts by