Football

Safee terkejut dengan berita penemuan pistol dalam kenderaan beliau

Penyerang JDT, Safee Sali dikejutkan apabila sepucuk pistol dan peluru hidup ditemui dalam trak pikap beliau.

Beliau telah memberitahu pihak polis Johor Bahru bahawa beliau telah menghantar kenderaannya ke bengkel untuk diperbaiki. Seorang lelaki yang memandu Ford Ranger beliau telah ditahan.

Polis menahan kenderaan berikut, dipandu oleh seorang pemilik bengkel aksesori 4×4, di satu sekatan yang dijalankan berdekatan susur keluar Kempas di Lebuhraya Utara Selatan pada tengahari semalam.

Mereka menemui sepucuk pistol Smith & Wesson dan 30 peluru hidup di dalam sebuah beg berwarna kuning di bahagian tempat duduk belakang kenderaan tersebut.

“Saya sedang meraikan kemenangan 2-1 ke atas PKNS dalam perlawanan akhir bersama rakan sepasukan di dalam bas,” kata Safee kepada Malay Mail

“Selepas kami meninggalkan Segamat sejurus bertemu dengan konvoi Kembara Mahkota, saya menerima panggilan telefon dan diberitahu bahawa pihak polis menemui sepucuk pistol di dalam kenderaan saya. Kegembiraan saya terhenti di situ. “

Photo Credit: Free Malaysia Today
Photo Credit: Free Malaysia Today

Beliau memberitahu bahawa beliau telah menghantar kenderaannya kepada seorang “pakar 4×4” di Johor Bahru minggu lepas untuk membaiki aksesori kenderaan beliau.

“Ianya kali pertama saya menghantar kenderaan saya ke bengkel yang disyorkan oleh ramai orang itu,” ujar beliau.

“Harganya berpatutan dan saya sedang menambah aksesori termasuk rim baru. Saya sepatutnya mengambil kenderaan itu selepas perlawanan akhir.

“Saya tidak akan membayar langsung sebarang pengubahsuaian yang dia dah lakukan,” jelas beliau.

Suspek berusia 34 tahun itu dipercayai memberitahu polis bahawa beliau menemui pistol dan peluru itu dalam bungkusan plastik semasa sedang memancing bersama rakan di sebuah pusat rawatan air di Pasir Gudang bulan lepas.

Suspek turut memberitahu bahawa beliau menyimpan pistol tersebut untuk melindungi diri. Polis berkata, suspek mempunyai dua sabitan dadah sebelum ini.

Other posts by