Featured, Football

Ekslusif: Astro Arena bakal pinggirkan Liga Super

Suramnya sukan Malaysia tanpa bola sepak.
 
Melihat kepada tajuk sahaja cukup untuk menggambarkan betapa kecewanya peminat sukan tanah air dengan berita ini. Namun kepahitan ini tetap perlu ditelan. Astro Arena tidak akan menyiarkan sebarang perlawanan Liga Malaysia di masa akan datang sekaligus mencetuskan persoalan tentang perjanjian berbillion ringgit Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersama MP & Silva.
 
Hanya seminggu lagi sebelum saingan Liga Malaysia membuka tirai, namun masih tiada sebarang pengumuman siapa bakal menjadi penyiar rasmi. “Bola sepak Malaysia bakal memperlihatkan perubahan daripada segi pentadbiran dan perkembangannya, yang mana ianya akan menyumbang kepada kejayaan sukan bola sepak”. Inilah apa yang diperkatakan Tengku Abdullah setahun lalu ketika FAM memeterai perjanjian bersama MP & Silva. Namun selepas 12 bulan, tiada apa yang berubah. Mungkin salah satu perubahannya, Astro tidak lagi berminat menyiarkan bola sepak Liga Malaysia.
 
Photo Credit: obsesbola.com
Photo Credit: obsesbola.com

“Kami sentiasa mengekalkan minat untuk menjadi penyiar utama bersama Telekom Malaysia, Media Prima dan Fox Sports berserta tawaran yang agak menarik kepada FAM dan Usahasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia (FMLLP), namun mereka tetap memilih MP & Silva”. Ini diucapkan Naib Presiden Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay dalam sesi temubual eksklusif bersama FourthOfficial.com.

 
Kebangkitan bola sepak kebelakangan ini walaupun sedikit dikaitkan berpunca daripada Astro Arena. Sejak 2010, Astro Arena membuat liputan secara komprehensif dengan menyiarkan secara langsung perlawanan Liga Super, selain menerbitkan program bual biacara bola sepak setiap minggu.
 
Justeru, sebaik pengumuman dibuat, tiada lagi perlawanan bola sepak bakal disiarkan secara langsung di Astro Arena sekaligus menyaksikan luahan kekecewaan terus meniti di bibir peminat bola sepak tanah air. Ini kerana, apa yang kita dapat selepas itu, hanya tahap siaran yang jauh berbeza daripada Astro. Mereka cuba sebaik mungkin untuk memenuhi kehendak penonton, namun ianya tidak berhasil kerana mereka bukan saluran sukan seperti mana Astro Arena dan tentunya mereka perlu memenuhi tuntutan berita lain yang lebih penting.
 
Photo Credit: GB13
Photo Credit: GB13

Kita dapat lihat perlawanan Liga Super sentiasa menerima sambutan yang memberangsangkan seiring dengan peningkatan popularitinya. Namun realiti jauh berbeza. Dengan kekurangan pihak penaja dan ditambah dengan isu yang sedang dibincangkan bersama FMLLP seolah-olah menunjukkan Astro Arena tidak mengkomersialkan penyiaran Liga Malaysia dengan baik dalam tempoh empat tahun lalu yang mengubah hati FAM untuk beralih arah, memeterai perjanjian bersama MP & Silva pada 2015.

 
“Ya kami setuju yang Liga Malaysia popular, namun dengan kurangnya sumber kewangan dan ditambah pula dengan kecenderungan penyokong yang mengharapkan tiket percuma untuk menonton perlawanan, ianya menyukarkan”, Tambah Choong Khay. Choong Khay juga mengesahkan MP & Silva ada bertanyakan tentang kemungkinan Astro Arena untuk kembali menjadi penyiar rasmi memandangkan tawaran yang diberi juga tidak kurang hebatnya.
 
“Sebagai kumpulan pengguna SEA yang sedang meningkat naik, fokus kami tentunya untuk menyajikan siaran sukan terbaik kepada penonton. Dan ianya normal buat kami mendekati mana-mana syarikat untuk berkolaborasi. Kami hanya memfokuskan kepada liga termasuk Liga Malaysia sekiranya ia membawa kepada nilai komersial buat kami. Sekarang ini kami lebih komited untuk menyiarkan perlawanan Liga Perdana Inggeris, hoki, badminton, sepak takraw dan lain-lain”.
 
Photo Credit: acsg2015.com
Photo Credit: acsg2015.com

Ini membuatkan anda tertanya-tanya apakah perjanjian MP & Silva ini mampu mengembangkan lagi bola sepak di Malaysia. Secara ringkasnya, jika kita lihat kepada rekod yang dibawakan Astro Arena, daripada segi perancangan masa depan, jelas kita dapat lihat impak yang bakal dibawakan mereka kepada arena sukan tempatan. Dengan melupakan Liga Super sejak Januari 2015, Astro Arena kini beralih arah dan fokus untuk membangunkan sukan-sukan lain di Malaysia seperti sepak takraw dan Badminton Purple League. Choong Khay juga tidak ketinggalan melaung keyakinan untuk melangkah lebih jauh dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

 
“Tahun ini adalah ulang tahun keenam Astro Arena dan mereka terus kukuh menempa nama di persada sukan tempatan. Ia menjadi platform buat semua atlit di Malaysia, persatuan sukan, penyokong sukan dan pihak penaja untuk memainkan peranan menjadi sebahagian daripada komuniti sukan di Malaysia”, ujar Choong Khay. Namun malangnya, Liga Malaysia akan tersisih daripada platform buat masa ini.
 
Dan di atas ketidakupayaan MP & Silva untuk merealisasikan anjakan paradigma yang digembar gemburkan kepada penyokong bola sepak Malaysia tahun lalu, terpaksalah para penyokong menghadap kualiti liputan yang kurang memuaskan ini untuk tahun 2016. Apa pun MP & Silva masih sempat untuk memilih siapa bakal menjadi penyiar rasmi bola sepak Liga Malaysia sebelum saingan membuka tirai minggu hadapan.

Other posts by