“Kami sedar bukan mudah untuk menghadapi pasukan seperti Palestin kerana mereka pasukan yang cukup kuat. Malah kami tewas 6-0 kepada Palestin sebelum ini, tetapi setiap perlawanan takkan sama. Kami tak mahu tewas lagi, lebih-le­bih lagi dengan jari­ngan yang besar kerana itu sesuatu perkara yang cukup menyedihkan.

“Apa yang penting sekarang ini, kita perlu fokus dan perlu benar-benar berdisiplin. Jika itu dapat dilakukan, pasti kita boleh mencapai satu keputusan yang memuaskan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.