“Sebab itu kita perlu mengambil kesempatan di atas faktor keletihan pemain Palestin kerana kita tidak boleh sekali-kali mengambil mudah terhadap pihak lawan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Pasukan negara perlu berjaga-jaga dengan beberapa pemain Palestin terutamanya Sameh Maraaba dan Tamer Seyam yang masing-masing telah menjaringkan dua gol ketika Harimau Malaya tewas 6-0 kepada pasukan Timur Tengah itu pada 16 Jun yang lalu.