“Saya tidak kira apa yang berlaku sebelum ini sebab bagi saya apa yang sudah terjadi perlu dilupakan dan kita perlu pandang ke hadapan.

“Kita turun bukan sebagai pasukan pilihan sebab kita tahu Palestin sebuah pasukan yang kuat lagi lagi selepas mereka seri ketika menentang UAE.

“Ini bukan platform atau percubaan lagi, bagi saya siapa yang dipilih adalah yang terbaik.

“Pemain perlu kekal fokus sama seperti semasa menentang Timor Leste dan Arab Saudi. Saya percaya kita boleh dapatkan satu keputusan yang positif,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia yang lalu, Malaysia meraih kemenangan pertama apabila berjaya menewaskan Timor Leste 1-0 di Dili.

Sementara itu, terdapat enam pemain baru yang menyertai pasukan kebangsaan: Azrif Nasrulhaq (Selangor), Syahrul Azwari (Harimau Muda B), Redzuan Suhaidi (Pulau Pinang), Ronny Harun (Sarawak), Ahmad Fakri Saarani (Kelantan) dan Fazly Mazlan (Johor Darul Ta’zim).