Football

Palestin vs Malaysia: Misi getir buat Datuk Ong Kim Swee

Ketua jurulatih sementara pasukan Malaysia Ong Kim Swee berkata beliau berhadapan dengan tugas yang sukar apabila kehilangan beberapa pemain utama dalam pasukan kebangsaan bagi menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Palestin pada 12 November ini.

Hafiz Kamal dan Gary Steven Robbat tidak dapat menyertai pasukan kali ini kerana mengalami kecederaan manakala Baddrol Bakhtiar pula mempunyai urusan peribadi. Malah selepas saingan Piala Malaysia, Zubir Azmi mengalami kecederaan buku lali manakala Azamuddin Akil baru sahaja menerima cahaya mata semalam.

Keadaan ini memaksa Ong untuk memanggil Fakri Saarani, Ronny Harun, Redzuan Suhaidi, Syahrul Azwari Ibrahim dan Fazly Mazlan namun percaya pasukan kebangsaan kali ini akan memberikan sedikit kelainan dalam corak permainan untuk menghadapi pihak lawan dari Timur Tengah itu nanti.

“Saya sangat berharap tiada lagi pemain yang mengalami kecederaan di saat-saat akhir.

“Pemain keletihan kerana baru sahaja menghadapi saingan Piala Malaysia tetapi kita akan bergerak awal ke Jordan untuk membuat persiapan di sana.

“Sebaik sahaja tiba, pemain boleh fokus kepada proses pemulihan kecergasan dan latihan sebelum menentang Palestin.

“Apa yang penting kita sudah menang dua perlawanan walaupun masih kekal di tangga 171. Kalau kita seri atau kalah pasti kedudukan kita akan bertambah buruk.

“Kita masih ada dua lagi perlawanan tahun ini, walaupun ianya sukar tapi kita perlu cuba untuk meraih sebarang mata,” katanya kepada Kosmo semalam.

Pada 16 Jun yang lalu, Malaysia tewas 6-0 kepada Palestin di Stadium Shah Alam pada perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia 2018.

Other posts by