Football

Piala Malaysia: Sarawak tumpaskan Perak 1-0

Sarawak meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Piala Malaysia 2015 apabila berjaya menewaskan Perak 1-0 di Stadium Negeri, Kuching sebentar tadi.

Pasukan dari Borneo itu membuktikan bahawa bermain dalam stadium tanpa kehadiran penonton tidak menjejaskan peluang mereka untuk mencatatkan kemenangan dan memperoleh tiga mata yang berharga.

Kedua-dua pasukan pada mulanya bergelut untuk mengawal permainan dan mencipta peluang untuk menjaringkan gol.

Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke 34 menerusi J. Partiban hasil hantaran daripada Joseph Kalang Tie pada separuh masa pertama.

Jurulatih Perak, Vjeran Simunic kemudiannya melakukan perubahan strategi dengan memasukkan Horace James pada separuh masa kedua bagi mendapatkan sekurang-kurangnya satu gol penyamaan.

Namun kegagalan Perak untuk menembusi gawang gol pihak lawan dan kesungguhan Sarawak untuk mempertahankan gawang gol mereka daripada dibolosi menyebabkan kedua-dua pasukan mula bermain secara kasar sehingga berlakunya pergaduhan di hujung perlawanan yang pada akhirnya menyebabkan pengadil melayangkan kad merah kepada Nor Hakim Isa dan Joseph Kalang Tie.

Keputusan tersebut menyaksikan Sarawak menduduki tangga kedua dengan enam mata manakala Perak kekal di tempat terakhir dalam Kumpulan B dengan hanya mengumpul tiga mata setakat ini.

Other posts by