Football

JDT bakal cipta sejarah selepas Kuwait FA digantung FIFA

Para peminat Johor DT pastinya gembira mendengarkan berita terbaru dari Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang telah mengumumkan penggantungan terhadap Persatuan Bola Sepak Kuwait (Kuwait FA) berkuatkuasa serta merta.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui laman sesawang mereka, FIFA mengumumkan: “Hari ini, 16 Oktober 2015, Persatuan Bola Sepak (KFA) telah digantung dengan serta merta. Penggantungan tersebut dilakukan berikutan keputusan yang telah dibuat dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FIFA pada 24 dan 25 September setelah Kuwait diberikan masa sehingga 15 Oktober 2015 untuk mengubah undang-undang sukan yang telah dibuat sebelum ini.

“Penggantungan tersebut hanya akan ditarik balik sekiranya KFA dan ahli-ahli lembaganya (wakil kelab-kelab tempatan) dapat menjalankan aktiviti-aktiviti bola sepak dan tanggungjawab yang sedia ada secara bebas tanpa terikat dengan mana-mana peraturan.

2011-634455767185110710-511_resized“Ekoran daripada keputusan tersebut, tiada sebarang pasukan dari Kuwait (termasuk kelab-kelab tempatan) yang boleh menyertai pertandingan antarabangsa (di bawah artikel 14 perenggan 3 dalam Undang-Undang FIFA), dan KFA mahupun mana-mana ahli-ahli lembaganya ataupun pihak yang terlibat tidak akan menerima sebarang bantuan dari segi program pembangunan akar umbi, kursus atau latihan dari FIFA atau AFC.”

Jika mengambil kira faktor bahawa penggantungan tersebut turut melarang mana-mana kelab Kuwait daripada bersaing dalam peringkat antarabangsa, maka Al Qadsia SC tidak akan dibenarkan untuk meneruskan perlawanan Piala AFC separuh akhir kedua menentang JDT.

Qadsia sebelum ini telah mencatatkan kemenangan 3-1 pada separuh akhir pertama, dan separuh akhir kedua sepatutnya akan diadakan di Stadium Larkin pada hujung bulan ini. Namun penggantungan tersebut akan membatalkan perlawanan tersebut, lantas mungkin membenarkan JDT menjadi pasukan Malaysia pertama yang bakal melangkah ke pentas akhir Piala AFC tahun ini.

Walau bagaimanapun, kami masih menunggu kenyataan rasmi dari Gabungan Bola Sepak Asia (AFC).

Other posts by