Football

Eksklusif: Pintu JDT sentiasa terbuka untuk Nurridzuan – TMJ

Written by Keeshaanan Sundaresan
Translated by Omar Zin

Nampaknya pemain tengah Perak FA, Nurridzuan Abu Hassan perlu membuat satu keputusan yang  besar dalam kariernya pada hujung tahun ini kerana Johor DT telahpun mengesahkan yang mereka berminat untuk mendapatkan tandatangannya.

Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang baru sahaja ditemuramah oleh FourthOfficial.com menyatakan bahawa Nurridzuan adalah pemain yang sangat diminatinya selama ini.

Apabila diminta untuk memilih kesebelasan utama pemain Malaysia yang digemarinya, Tunku Ismail berkata: “Saya akan memilih semua pemain JDT, sebab mereka semua sudah cukup bagus untuk saya, lebih-lebih lagi jika diletakkan sebagai satu pasukan.

“Tetapi jika terdapat satu pemain yang saya perlu pilih dari pasukan lain, pemain itu adalah Nurridzuan. Dia sangat berbakat dan seorang pemain yang menakjubkan. Dia sangat sesuai untuk bermain dengan pasukan JDT.

Photo Credit: Asiana.my
Photo Credit: Asiana.my

Nuri, seperti yang dikenali dalam kalangan peminat Perak, merupakan produk pasukan Piala Presiden Perak malah diketahui ramai sebagai seorang pemain yang sangat sayangkan negerinya.

Walaubagaimanapun, Tunku enggan mendedahkan sama ada tawaran rasmi telah dibuat oleh pihaknya, biarpun beliau ada berkata yang segala-segalanya terletak di tangan Nurridzuan.

“Kita belum tahu lagi. Semuanya bergantung kepadanya. Kalau dia nak sertai, kami sentiasa bersedia untuk menerimanya dengan hati yang terbuka,” tambahnya.

Bekas pemain Harimau Muda itu berada dalam prestasi yang terbaik untuk Perak tahun ini, malah muncul sebagai satu bintang yang bergemerlapan dalam pasukannya dikala melalui musim yang tidak menentu.

Other posts by