Football

TMJ akan bertemu Presiden Barca dan PSG

Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh dikatakan agak memberangsangkan sejak kebelakangan ini terutamanya dibawah kendalian Tengku Mahkota  Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Beliau berjaya mengubah pasukan dari selatan itu kepada kuasa besar dalam bola sepak Malaysia, setelah menjadi pasukan Malaysia yang pertama mara ke separuh akhir Piala AFC.

Beliau bukan sahaja menyumbang dari segi kewangan, malah turut berjaya membentuk hubungan yang baik dengan pasukan gergasi Eropah Borussia Dortmund, di mana pasukan Jerman tersebut bekerjasama secara rasmi dengan JDT dari segi perkembangan bakat pemain, kejurulatihan, strategi dan banyak lagi.

Dan nampaknya beliau tidak akan berhenti begitu sahaja.

Menurut laman rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers, Tunku Ismail sedang mencari cara untuk meluaskan lagi kerjasama dalam dunia bola sepak dan kali ini dengan juara bertahan Liga Sepanyol Barcelona dan pasukan yang kaya dari Perancis Paris Saint-Germain!

Berdasarkan pengumuman tersebut, TMJ akan melawat kedua-dua kelab tersebut untuk mengadakan perbincangan untuk memajukan lagi JDT dari pelbagai aspek termasuk pembangunan akar umbi.

PANDANGAN KAMI?

Terlalu awal untuk mengatakan sesuatu terhadap apa yang telah dilakukan TMJ ketika ini, tetapi  setakat ini ianya sangat mengagumkan. Kerjasama dengan Dortmund telah membuahkan hasil dan ianya satu langkah yang bijak untuk memperkenalkan JDT kepada kelab yang lebih ternama. Jika pertemuan dengan Barcelona dan PSG berjaya – memandangkan mereka sememangnya mempunyai kebolehan untuk berjaya – peminat JDT tentunya akan bersuka ria!

Other posts by