Football

Saya kecewa dengan FAM – TSAM

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung pembahagian kutipan tiket semasa perlawanan akhir Piala FA.

Beliau kecewa dengan sikap FAM yang membuat agihan hasil jualan tiket tanpa mendapat persetujuan daripada ahli gabungan FAM terlebih dahulu.

Beliau turut menuduh FAM sebagai tidak telus dalam pengagihan wang malah tidak mengambil peduli terhadap ahli gabungannya sendiri.

“Dari RM3 juta kutipan tiket, belum termasuk kutipan tajaan dan hak penyiaran ,Kelantan memperoleh sebanyak RM600 000 sahaja.

“Walaupun Kelantan telah membantu menjual sebanyak 90 peratus tiket perlawanan akhir tetapi kita hanya mendapat sejumlah daripadanya setelah semua pihak lain mendapat bahagian masing-masing.

“Yang lebih mendukacitakan Singapura diberikan jumlah yg besar sedangkan dalam MoU antara FAM dengan FAS, pasukan jemputan tidak sepatutnya menerima hadiah kejuaraan melainkan token sahaja,” katanya menerusi laman media sosial Facebook.

Kelantan ketika ini masih bergelut dengan masalah kewangan apabila gagal membayar gaji para pemain sejak empat bulan yang lalu.

Pada perlawanan akhir Piala FA 23 Mei yang lalu, Kelantan tewas 3-1 kepada LionsXII di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Other posts by