Football

Pemain Kelantan akan dibayar dengan segera – Tan Sri Annuar Musa

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berjanji akan membayar gaji dengan segera supaya dapat membalas kembali kepercayaan para pemain pasukan Kelantan.

Ini berikutan masalah kewangan yang sedang dihadapi The Red Warriors apabila beliau mendedahkan gaji pemain pasukan Kelantan masih belum dibayar sejak Ogos yang lalu.

Beberapa pemain telah mendedahkan situasi semasa pasukan dari Pantai Timur tersebut dan mereka turut meminta beliau supaya membayar gaji dengan segara seperti apa yang diuar-uarkan menerusi laman media sosialnya semalam.

“Saya terharu dengan komitmen pemain.

“Justeru saya membuat keputusan untuk meminjam sekali lagi dari bank agar Khamis lusa setiap pemain akan dapat gaji melalui cek saya sendiri,” katanya.

Beliau juga menuntut para pemain mempamerkan aksi yang terbaik dalam saingan Piala Malaysia.

Setakat ini, beliau sudah meminjam RM2 juta daripada kerajaan persekutuan yang telah digunakan untuk melunaskan hutang gaji selama dua bulan dan memohon kali kedua kepada kerajaan negeri Kelantan. Beliau turut mencuba dari sumber-sumber yang lain termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sebelum ini, KAFA telah membelanjakan RM11 juta sejak November tahun lalu sehingga Ogos tahun ini. Tetapi Kelantan dikatakan sudah kehabisan dana semasa musim 2015 masih lagi belum berakhir.  Ini berbeza  dengan tahun 2014 apabila mereka hanya membelanjakan RM8 juta yang cukup untuk semusim.

KAFA turut mendakwa yang mereka menderita akibat kekurangan penonton di stadium sejak pada bulan April lagi menyebabkan kurangnya pendapatan bulanan melalui penjualan tiket.

Gaji yang tinggi serta prestasi yang kurang menentu menjadi penyebab utama kemerosotan jumlah penonton ke stadium.

Pemain juga telah diberikan pilihan untuk berehat atau bercuti sehingga gaji mereka dibayar.

Other posts by